Kita sekeluarga selamat perjalanan ke KL atau ke mana sahaja, bukan kerana kita cekap memandu. Ramai orang cekap memandu terlibat dalam kemalangan. Ada kemalangan kerana cuai sendiri dan ada kerana kecuaian orang lain.
Percaya dengan yakinlah bahawa kita diizinkan selamat oleh Allah kerana doa kita yang disertai oleh rahmat Allah. Dalam segala aspek kehidupan kita, kita selamat dan berjaya mengharunginya bukan kerana kita cerdik, kaya, cantik dan sebagainya; tetapi kita selamat dan berjaya adalah kerana berkat doa dalam solat, lepas solat dan di segala tempat dan rahmat Allah yang sentiasa melimpah ruah bagi sesiapa yang sentiasa bersyukur.
Tuesday, June 30, 2009
Daftar Abang Ngah di UKM Bangi
Alhamdulillah, Abang Ngah berjaya ke menara gading seperti Ba dan Umi cita-citakan sejak awal sekolah menengah. Ke KL sekeluarga pada 2.30 petang, Sabtu 27.6.2009(kecuali Adik Wan yang bercuti di rumah) bersama Pok Razak, sesat jalan sekejap sebelum polis bernama Abang Mail iring ke Pulapol.
Tidur semalam. Pagi 28.6.2009,(bersama Mail, Aya dan Kak Nora) terus daftar Abang Ngah di UKM Bangi (Kolej Ungku Umar). Masuk bilik berkemas dan ke cafe untuk makan.
Kemudian pergi tengok-tengok kereta dekat "Used Car". Pukul 3.30 petang pulang dan tiba di rumah pada 7.50 malam.
Tuesday, June 23, 2009
Gambar Lawatan Sekolah Ke Zoo Kemaman
Hari ini Selasa, 23.6.09, Ba, Farhan dan Hakikat mengikuti lawatan sekolah SK. RKT. Seberang Tayor, Kemaman ke Zoo Kemaman. Seramai 90 orang termasuk 6 orang guru dan seorang pekerja sekolah (Pok Ngoh) berada di zoo ini dari pukul 10.30 hingga 1.00 th. Yang mengujakan ialah naik bas pelancong dan tengok gajah dimandikan.
Monday, June 22, 2009
WASIAT UNTUK ANAK-ANAK 1
AWAS! JANGAN KAU SYIRIK KEPADA ALLAH
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.”
Maksud Surah an-Nisa’: Ayat 48
(Akibat syirik itu) menjadilah mereka orang-orang yang kufurkan nikmat yang Kami telah berikan kepadanya dan (menjadi) orang-orang yang hanya dapat bersuka ria di dunia; kemudian mereka akan mengetahui kelak akibat buruk apa yang mereka lakukan.
Maksud Surah al-Ankabut: Ayat 66.
Wahai anak-anak permata hatiku,
Ketahuilah olehmu bahawa sebesar-besar dosa ialah syirik kepada Allah s.w.t. Syirik bermaksud menyengutukan Allah baik dari segi asma’ (nama-Nya), sifat-Nya dan af’al (perbuatan-Nya). Kita tidak boleh sama sekali merasakan dan mengatakan meskipun di dalam hati bahawa ada makhluk sama ada manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, bulan dan bintang yang sama hebat dan setanding dengan Allah s.w.t. Benar anakku bahawa dalam sedar memang sukarlah untuk dicari manusia muslim yang sanggup mengatakan kuasa matahari sama hebat dengan kuasa Allah, nama manusia sama indah dengan nama Allah dan kemampuan manusia mencipta mikrocip dan komputer sama canggih dengan ciptaan Allah. Kalau mereka ber’itikad demikian maka sudah pasti jelaslah kesyirikan itu malah boleh membawa kepada kerosakan akidah.
Anak-anakku sekalian,
Kini kita berada di zaman serba moden; apalagi di zamanmu akan datang setelah aku pergi menemui Ilahi. Bukan sahaja corak dan sistem kehidupan serta peralatannya canggih, malah cara berfikir manusia pun semakin maju dan menerawang kepada idea-idea baru. Manusia semakin meminggirkan ilmu dan amalan agama. Sewenang-wenang sahaja manusia bercakap tentang keberkesanan ubat-ubat, ketrampilan sistem teknologi maklumat dan kecekapan sistem perhubungan tanpa bersandar dengan iman kepada Tuhan. Mereka sudah terlupa untuk berkata dan mendetikkan di hati bahawa di sebalik serba kehebatan itu adalah bertolak dari premis kuasa Ilahi semata-mata. Mereka telah lupa dan malas untuk mengiringkan kuasa Allah dalam hal-hal sedemikian. Mereka merasakan diri kolot atau konservatif sekiranya selalu mendendangkan nama Allah, SubhanalLah. Jangan jadi demikian wahai anakku.
Dengarkan lagi wahai anak-anakku,
Sering juga tanpa sedari kita bercakap tentang kuasa makhluk halus. Kadang-kadang manusia mengucapkan pelbagai jampi serapah yang tidak difahami maksudnya. Entah-entah jampi serapah itu memuji dan memuja kuasa hantu dan jin. Besar salahnya apabila kita menilai kuasa hantu dan makhluk halus begitu hebat sehingga dapat menentukan untung nasib dan hayat manusia. Kita merasakan hantu dapat memberi pelbagai sakit misteri dan jin dapat menyembuhkan penyakit. Kalau kita menolak kuasa makhluk halus, bomoh dan jampi serapah, jangan pula kalian terlupa tentang ubat-ubatan moden. Kalau kalian meletakkan kehebatan pada ubat-ubatan tertentu, samalah dengan meletakkan kehebatan kepada makhluk-makhluk tadi. Ramai orang faham tentang kepercayaan syirik pada bomoh, jampi dan seumpamanya tetapi mereka pada sisi lain memuji dan memuja ubat dan perubatan moden dan kontemporari. Ini bermakna peralihan syirik bentuk lama kepada bentuk baru sahaja. Kesyirikan tetap wujud. Di manakah Allah wahai anakku? Apakah makhluk-makhluk ini mempunyai kuasa yang begitu hebat secara mutlak sehingga kita tidak merasakan lagi sesuatu kejadian itu ditentukan oleh Allah mengikut kehendak dan kuasa-Nya? Sedarilah wahai anakku bahawa kuasa makhluk adalah terbatas, lemah dan merupakan pinjaman sahaja.Hanya jika Allah izin barulah tangan dapat menghayun. Ingatlah diri kita umpama pokok dan bayang. Pokok tidak mampu bergoyang. Kalau pokok bergoyang juga bermakna ada angin yang kita tidak nampak menolaknya. Begitu juga bayang; tiada bayang kalau tiada objek konkrit. Bayang yang bergerak itu adalah kerana objek kepada bayang itu bergerak. Kalau objek itu tidak bergerak maka tidak bergeraklah bayang itu. Demikianlah kedudukan kuasa makhluk dinisbahkan dengan kuasa Tuhan yang menjadikan kau dan aku serta alam keseluruhannya.
Anak-anakku yang dirahmati Allah,
Begitu juga dengan hukum-hakam al-Quran. Dari hukum mubah dan harus hinggalah kepada hukum wajib, kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengubah hukum itu mengikut nafsu dan kedangkalan ilmu kita. Mutakhir ini atas nama hak dan persamaan, ada orang yang mempertikaikan hukum pembahagian harta pusaka antara waris lelaki dan waris perempuan. Mereka mempertikaikan apa yang telah jelas termaktub di dalam al-Quranul Karim. Apakah mereka lebih pandai daripada Allah? Apakah makhluk (yang dicipta) lebih pandai daripada Khaliq ( Yang Maha Pencipta)? Subhanallah. Mereka merasakan ilmu dan zaman mereka dapat mengubah hukum Tuhan mengikut kesesuaian. Ada pula di kalangan muslimin yang merasakan ada hukum lain yang lebih baik dari hukum Tuhan. Mereka mempertikaikan hukum hudud dan qisas kerana alasan tidak sesuai lagi pada zaman moden dan masyarakat majmuk. Apakah Allah begitu lemah sekali sehingga tidak tahu menurunkan suatu hukum yang sesuai untuk semua manusia, zaman dan tempat? Subhanallah. Betapa kroniknya iman manusia yang mengaku muslim pada hari ini. Segala-galanya mereka hendak bersandarkan pada hukum akal mentang-mentang mereka ada segulung ijazah, Phd. Dan dianggap golongan intelektual. Berwaspadalah wahai anak kesayanganku agar kalian tidak terperangkap dalam polemik dan perdebatan intelektual yang sesat dan menyesatkan. Berhati-hatilah wahai putera-puteriku agar kalian tidak terperangkap di dalam telaga buta berbentuk kejahilan.
Anak-anakku,
Aku berdoa agar Allah melindungi kalian daripada kejahatan syirik dan proksi-proksinya. Berdoalah kalian dan terus dekatkan diri pada Ilahi dan bertekun dalam mendalami ilmu yang akan menyelamatkan iman dan akidah kalian. Amin.
Kerana sisik ikan kelisa
Tersilau pandangan burung pekaka
Kerana syirik iman binasa
Tersiksa badan dibakar neraka.

Sunday, June 21, 2009
Anak-anak masuk IPT
Nusyahadah yang sulung dah berjaya dapat Ijazah. Kini sambung pula buat Master Applied Science (daftar pada 20.6.2009). Muhammad Nurhilmi akan daftar pada 28.6.09 di UKM Bangi dalam Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Falsafah. Sebelum itu, Mohd Nurhajat Syazwan telah masuk Kolej Matrikulasi Pahang pada 15.6.09 ( bertukar dari Kolej Matrikulasi Perlis). Nampaknya, tiga orang ini akan berjaya dengan izin Allah dengan doa ibu bapa berjaya di dunia dan di akhirat (tak mahu di dunia sahaja). Dengan doa juga insya-Allah, Mohd Nurfarhan dan Nurkahikat akan mengikut jejak kakak dan abangnya suatu hari nanti. Tetapi perlu diingat bahawa kejayaan seseorang tidak boleh diukur dari segi kejayaan akademik sahaja.
Saturday, June 20, 2009
Rumah Kita dan Keluarga Kita
Gambar Kereta Nursyahadah.
Di atas ialah gambar anak bungsuku, Nurhakikat. Dia baru Darjah 1. Tengoh garu kepala ni lepas main basikal. Gigi baru bila nak tumbuh?
Di bawah pula gambar kereta yang dibeli kerana Nursyahadah nak gi praktikal di Tioxide. Beri dia bawa ke tempat belajar UITM Shah Alam, dia dok mahu. Katanya, nak bawa Kancil sebab di bandar susoh nok jumpa kancil.
Apabila Membuat Perkiraan
Dalam hidup kita perlu menggunakan akal dalam mengendali, mengurus dan merancang kehidupan. Kita Islam. Ada perkiraan dosa pahala syurga neraka. Kita tidak boleh membuat perkiraan dalam hidup hanya untuk direlevankan dengan tuntutan dunia semata-mata. Apabila kita hanya memikirkan berasaskan dunia fana, maka sudah pasti kita tersilap perkiraan. Mengapa?
Mudah sahaja jawapannya. Hidup di dunia paling lama 100 tahun. Sedangkan hidup di akhirat kekal abadi. Jadi logikkah kita memberi prioriti kepada kehidupan yang singkat berbanding dengan kehidupan yang kekal berpanjangan?

Selamat Bertemu di Jalan Kehambaan.
Muqaddimah.
Selamat bertemu dalam Jalan Kehambaan.
Kita adalah hamba Allah belaka. Justeru itu kena mesti sentiasa berada di jalan Allah. Jalan siratolmustaqim yang benar lagi menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat.
Sebagai hamba kita lemah. Nak keluar rumah kena berdoa. Naik kenderaan kena baca doa. Nak makan baca doa, nak tidur baca doa, nak selamat, nak jadi beriman, nak berjaya..semuanya kena baca doa sebab kita insan yang lemah: HAMBA.
HAMBA kena buat semua perkara yang tuan suruh tanpa soal. Panggilan HAMBA adalah matlamat kita sebab inilah pangkat yang paling besar. Allah s.w.t. panggil kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w. sebagai HAMBA dalam surah al-Isyrak. Beruntunglah kita kalau Allah mengiktiraf kita sebagai hamba-Nya.

Subscribe to:
Posts (Atom)